PROFIL RINGKAS
Diperbadankan pada tahun 1975 di bawah nama Syarikat Perusahan Padi Sabah Sdn. Bhd., dan kemudiannya ditukar ke Perkasa Realty Sdn. Bhd. (PRSB) pada 1977. PRSB merupakan syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) dengan modal dibenarkan sebanyak RM10,000,000.00 dan mula beroperasi pada tahun 1978.
PRSB adalah salah satu daripada dua syarikat subsidiari SEDCO yang diamanahkan untuk menjalankan program Sosio-Ekonomi khususnya pembangunan dan pengagihan premis perniagaan kepada usahawan Bumiputera Sabah dengan harga mampu milik dalam persekitaran yang lebih kondusif.
MISI
VISI
MEMPERKASA USAHAWAN BUMIPUTERA
Menjadi agensi unggul dalam pembangunan premis perniagaan Bumiputera di kawasan pekan baru dan luar bandar.
Pemangkin pembangunan ekonomi Bumiputera.
Membantu usahawan Bumiputera memiliki kedai sosio ekonomi melalui skim pinjaman.
Membantu Bumiputera untuk memiliki kedai melalui skim pembelian syarat mudah.
Membangunkan premis-premis perniagaan di seluruh Sabah.
Mengenalpasti kawasan luar bandar yang berimpak tinggi untuk pembangunan kedai.
Menambah bilangan Bumiputera yang menceburi bidang perniagaan dengan memperuntukkan kedai-kedai sosio ekonomi di seluruh negeri Sabah.